Posts

TAJUK 12: INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN

 1.0 PENGENALAN               Interaksi boleh didefinisikan sebagai hubungan atau aksi dua hala yang melibatkan dua pihak atau lebih. Sebagai contohnya, interaksi boleh berlaku antara guru dan pelajar. Pembelajaran pula membawa maksud proses seseorang pelajar memperoleh kefahaman dan mengubah kefahaman atau konsep tertentu yang telah dipelajari itu (Murphy & Alexander, 2006). Oleh itu, interaksi dalam pembelajaran adalah komunikasi yang berlaku dalam proses pembelajaran yang melibatkan pelbagai skop. Selain itu, ia menekankan bahawa interaksi sosial membentuk realiti. Manusia memainkan peranan yang mereka telah pilih dan sesuai mengikut situasi.  2.0 ISI PENTING               Terdapat tiga isi penting yang terdapat dalam topik interaksi dalam pembelajaran antaranya adalah jenis-jenis interaksi dalam pembelajaran. Interaksi yang pertama adalah interaksi sehala yang merupakan interaksi yang serin...

TAJUK 11 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

  1.0 PENGENALAN               Pengurusan alam pembelajaran merupakan salah satu persediaan ke alam sekolah dalam melakukan kajian di sekolah-sekolah dengan adanya Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Pengajaran dalam alam pembelajaran membawa maksud kaedah yang digunakan oleh seseorang guru dalam menyampaikan bahan yang hendak diajar. Dalam memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar, seseorang guru perlulah mempunyai strategi mereka yang tersendiri bagi mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Pengurusan membawa maksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan (Samsudin Md Noor, 1993). Alam pembelajaran pula membawa maksud keadaan belajar yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar ke arah yang lebih positif dan kaya dengan pelbagai ilmu. 2.0 ISI PENTING  ...

TAJUK 10 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

 1.0 PENGENALAN               Sekolah merupakan sebuah institusi yang menyediakan pendidikan formal dan tidak formal kepada pelajar yang berumur tujuh sehingga dua belas tahun bagi pelajar sekolah rendah dan umur tiga belas tahun sehingga tujuh belas tahun bagi sekolah menegah. Sekolah merupakan sebuah pusat pembelajaran yang terdiri daripada beberapa orang pelajar di dalam satu kelas dan pelajarnya terdiri daripada pelajar yang berbilang kaum (Abdullah Sani Yahaya, 2007).               Persekitaran pula merupakan kawasan yang berada di persekitaran sekolah dan terdapat penduduk yang berdekatan di kawasan sekolah. Sekolah merupakan pusat yang penting bagi membentuk ciri-ciri pelajar yang insaniah di samping persekitaran sekolah yang nyaman dapat membantu pelajar-pelajar di sekolah membentuk sifat nilai murni. 2.0 ISI PENTING                  Dalam ...

TAJUK 9 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

 1.0 PENGENALAN               Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan antara pengurusan yang penting dalam organisasi sesebuah sekolah. Hal ini kerana, sekolah merupakan sebuah pusat untuk mendidik murid-murid ke arah membentuk masyarakat yang cemerlang. Pengurusan pelbagai upaya merupakan satu langkah yang boleh diambil untuk membantuk murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Dalam hal ini, perkara yang sering kita lihat adalah pelajar-pelajar yang dikelaskan di dalam program pendidikan khas. Pendidikan khas merupakan sebuah program yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai kelainan upaya atau istimewa dan memerlukan keperluan khas dalam pembelajaran. Pendidikan khas juga merujuk kepada langkah yang terawal dalam membantu murid-murid istimewa ini untuk mencapai matlamat yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana. 2.0 ISI PENTING               Pendidikan adalah pentin...

TAJUK 4 : PENGURUSAN SUMBER

 1.0 PENGENALAN             Pengurusan sumber memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi sekolah dalam mencapai matlamat dan kecemerlangan bagi sesebuah sekolah. Pengurusan sumber yang baik dan berkesan dapat memberikan banyak kebaikan terhadap para pelajar dan juga pihak sekolah. Para pelajar akan menjadi lebih bersemangat untuk ke sekolah kerana sekolah mereka mempunyai pengurusan sumber yang baik. Sebagai contohnya, pengurusan sumber adalah seperti pusat sumber yang baik dapat menjadikan pelajar lebih berminat untuk terus ke pusat sumber bagi mendapatkan bahan bacaan dan seterusnya dapat menambahkan lebih banyak ilmu pengetahuan. Bagi topik pengurusan sumber ini, isi yang akan dibincangkan adalah mengenai kepentingan pengurusan sumber, jenis-jenis sumber, objektif pusat sumber 2.0 ISI PENTING 1. Kepentingan Pengurusan Sumber               Kepentingan pengurusan sumber adalah bagi merang...

TAJUK 8 : Pengurusan Pelbagai Budaya

 1.0 PENGENALAN               Pengurusan merupakan suatu proses bekerja dengan pelbagai manusia serta sumber untuk mencapai objektif dalam sesebuah organisasi (Snell, B, 2000). Budaya pula membawa maksud suatu perlakuan atau aktiviti yang dilakukan oleh sesebuah masyarakat tidak mengira perkara tersebut sama ada baik atau pun buruk. Budaya juga melambangkan perkataan yang dikatakan oleh seseorang tentang hal peribadi dan barang-barang yang berada di sekeliling seperti pakaian, rumah dan sebagainya (Griffiths et al., 2017).  2.0 ISI PENTING               Dalam topik pengurusan pelbagai budaya ini, kita akan mengetahui apakah pendekatan bagi membezakan pelajar berdasarkan ciri-ciri individu. Terdapat empat andaian bagi mendalami tentang hal ini iaitu pelajar yang dikategorikan sebagai istimewa, pelajar memerlukan pengajaran khas kerana mempunyai kesukaran dalam sesi pembelajaran mereka, meletakkan mu...

TAJUK 7 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

 1.0 PENGENALAN               Pengurusan penasihatan murid perlulah dititikberatkan di setiap sekolah. Pengurusan penasihatan yang baik akan membantuk para murid mendapat motivasi yang diperlukan di sekolah. Dalam hal ini, guru kaunseling perlulah memainkan peranan mereka sebagai seorang guru kaunselor terhadap murid-murid yang memerlukan bimbingan di sekolah. Setiap murid perlu mendapat khidmat nasihat daripada guru kaunselor supaya mereka mendapat bimbingan terhadap masalah yang mereka hadapi atau berkenaan dengan minat kerjaya mereka yang belum pasti dan sebagainya. Dalam topik pengurusan penasihatan murid ini, kita akan mengupas dengan lebih lanjut berkenaan konsep penasihatan dan bimbingan, ciri-ciri penasihatan yang perlu diberikan kepada murid dan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku bermasalah dalam kalangan pelajar. 2.0 ISI PENTING               Konsep penasihatan adalah memberikan nasi...