TAJUK 10 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
1.0 PENGENALAN
Sekolah merupakan sebuah institusi yang menyediakan pendidikan formal dan tidak formal kepada pelajar yang berumur tujuh sehingga dua belas tahun bagi pelajar sekolah rendah dan umur tiga belas tahun sehingga tujuh belas tahun bagi sekolah menegah. Sekolah merupakan sebuah pusat pembelajaran yang terdiri daripada beberapa orang pelajar di dalam satu kelas dan pelajarnya terdiri daripada pelajar yang berbilang kaum (Abdullah Sani Yahaya, 2007).
Persekitaran pula merupakan kawasan yang berada di persekitaran sekolah dan terdapat penduduk yang berdekatan di kawasan sekolah. Sekolah merupakan pusat yang penting bagi membentuk ciri-ciri pelajar yang insaniah di samping persekitaran sekolah yang nyaman dapat membantu pelajar-pelajar di sekolah membentuk sifat nilai murni.
2.0 ISI PENTING
Dalam topik Sekolah dan Persekitaran ini, kita akan membincangkan tentang beberapa isi mengenai hubungan sekolah dengan masyarakat, hubungan sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat serta hubungan sekolah bersama ibu bapa (PIBG)
Pertama sekali, hubungan sekolah dengan masyarakat boleh berlaku dalam tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah. Tiga dimensi interaksi dalaman sekolah merupakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. Faktor-faktor berlakunya dalaman sekolah adalah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku dapat menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Seterusnya, tiga dimensi interaksi luar sekolah pula melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat. Faktor-faktor berlakunya interaksi luar sekolah adalah seperti kelas, sosial, etnik dan gender iaitu faktor ini dapat mempengaruhi corak pembelajaran sahsiah murid di sekolah.
Isi kedua yang bakal dikupas adalah mengenai hubungan sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat. Hubungan tida dimensi sekolah yang melibatkan ibu bapa, komuniti dan sekolah dapat menyumbang kepada mencapai matlamat yang perlu dicapai oleh pihak sekolah. Hubungan tiga dimensi antara pihak sekolah dan masyarakat dapat membantu pihak sekolah dalam mencapai objektif yang sama, perlu ada hubungan yang mantap dan akrab dan gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat.
Isi ketiga yang bakal dikupas mengenai sekolah dan persekitaran adalah mengenai hubungan sekolah dan ibu bapa (PIBG). Seperti yang diketahui, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk sifat nilai murni kepada anak-anak mereka dan juga merupakan pelajar-pelajar di sekolah. Peranan yang boleh dilakukan oleh pihak PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Hal ini supaya guru dan ibu bapa dapat berhubung serta membincangkan bersama-sama mengenai hal ehwal anak-anak mereka di sekolah. Sebagai guru di sekolah, mereka perlulah sentiasa bertanggungjawab dalam mendidik para pelajar di sekolah ke arah yang lebih baik kerana guru-guru merupakan ibu bapa kedua mereka ketikan berada di sekolah. Tindakan yang perlu dilakukan oleh PIBG adalah membela nasib guru supaya guru sentiasa bersemangat dan selesa ketika bertugas.
3.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, sekolah dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam membentuk para pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. Tanggungjawab serta peranan dari pihak sekolah, masyarakat, ibu bapa dan PIBG memainkan peranan yang sangat penting dan memberi kesan terhadap kemajuan dan pencapaian sesebuah sekolah. Pengurusan PIBG yang cemerlang oleh pihak sekolah akan melahirkan sekolah yang terbilang. Dalam hal ini pihak sekolah perlulah mempunyai pengurusan yang cekap dan berkesan. Sebarang perbezaan dari segi pandangan dalam kalangan pihak sekolah serta pihak-pihak yang penting bukanlah sebagai sebuah penghalang untuk mencapai matlamat.
4.0 RUJUKAN
http://elhaurawareesha.blogspot.com/2019/05/bab-12-sekolah-dan-persekitaran.html
http://asyraffngasri.blogspot.com/2018/12/tajuk-13-sekolah-dan-persekitaran_11.html
https://sekolahdanpersekitarankini.blogspot.com/2019/10/pergi-sekolah-setiap-hari.html
Comments
Post a Comment