TAJUK 11 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
1.0 PENGENALAN
Pengurusan alam pembelajaran merupakan salah satu persediaan ke alam sekolah dalam melakukan kajian di sekolah-sekolah dengan adanya Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Pengajaran dalam alam pembelajaran membawa maksud kaedah yang digunakan oleh seseorang guru dalam menyampaikan bahan yang hendak diajar. Dalam memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar, seseorang guru perlulah mempunyai strategi mereka yang tersendiri bagi mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Pengurusan membawa maksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan (Samsudin Md Noor, 1993). Alam pembelajaran pula membawa maksud keadaan belajar yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar ke arah yang lebih positif dan kaya dengan pelbagai ilmu.
2.0 ISI PENTING
Terdapat tiga isi penting yang terdapat dalam topik pengurusan alam pembelajaran ini iaitu persediaan sebelum. Guru perlulah mempunyai persediaan sebelum memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran PdP di dalam kelas seperti telah bersedia dengan topik yang bakal diajarkan di dalam kelas, peralatan yang bakal digunakan ketika mengajar dan mempunyai objektif atau matlamat yang perlu dicapai diakhir pembelajaran di dalam kelas. Guru juga perlulah mempunyai kemahiran dalam mengawal tingkah laku murid di dalam kelas supaya mereka sentiasa bertindak tidak agresif dan aktif semasa guru sedang mengajar di dalam kelas.
Seterusnya, isi penting yang terdapat dalam topik ini adalah mengenai buku rekod mengajar. Sebelum memulakan sesi PdP di dalam kelas, guru-guru perlulah merekod dahulu kedatangan murid, kebersihan kelas, memastikan pelajar-pelajar di dalam kelas adalah cukup. Hal ini supaya guru-guru bertindak lebih peka tentang murid-murid di dalam kelas yang mungkin ada antara mereka sengaja ponteng kelas kerana tidak mahu mengikuti sesi PdP di dalam kelas. Selain itu, guru juga mestilah merekod segala masalah yang berlaku dan kebaikan yang berjaya dilakukan di dalam kelas di dalam buku rekod mengajar.
Akhir sekali, pelaksanaan PdP di dalam kelas mestilah mempunyai 3 perkara penting iaitu set induksi, penyampaian isi dan penutup. Terdapat beberapa perkara yang penting dalam set induksi antaranya adalah guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik iaitu dapat menarik perhatian dan minat murid. Selain itu, penyampaian isi yang disampaikan oleh guru perlulah mempunyai kandungan yang sebenar kepada para murid. Guru perlulah merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan baik dengan mencatat anggaran masa (tempoh) yang sesuai. Seterusnya adalah penutup iaitu guru boleh melakukan penutup melalui suatu rumusan atau kesimpulan. Guru haruslah memberikan satu kesimpulan atau rumusan mengikut subjek yang diajar pada masa itu.
3.0 PENUTUP
Secara kesuluruhannya, pengurusan alam pembelajaran adalah sangat penting bagi seseorang guru bagi memastikan segala proses yang melibatkan PdP dapat berjalan dengan lancar. Guru perlulah bersedia semasa memulakan sesi PdP supaya matlamat sebenar seseorang guru ketika mengajar dapat dicapai dan dapat membentuk pelajar yang mempunyai pengetahuan yang tinggi di samping dapat memperoleh markah yang cemerlang di dalam kelas. Para pelajar juga pada masa yang sama dapat menimba lebih banyak ilmu pengetahuan dalam kehidupan mereka menerusi pengajaran yang berkesan oleh seseorang guru.
4.0 RUJUKAN
https://kps-10groupd.blogspot.com/2019/04/bab-13-pengurusan-alam-pembelajaran.html
http://pengurusanpembelajaran2018.blogspot.com/2018/11/tajuk-14-pengurusan-alam-pembelajaran.html\
Comments
Post a Comment