TAJUK 4 : PENGURUSAN SUMBER

 1.0 PENGENALAN

            Pengurusan sumber memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi sekolah dalam mencapai matlamat dan kecemerlangan bagi sesebuah sekolah. Pengurusan sumber yang baik dan berkesan dapat memberikan banyak kebaikan terhadap para pelajar dan juga pihak sekolah. Para pelajar akan menjadi lebih bersemangat untuk ke sekolah kerana sekolah mereka mempunyai pengurusan sumber yang baik. Sebagai contohnya, pengurusan sumber adalah seperti pusat sumber yang baik dapat menjadikan pelajar lebih berminat untuk terus ke pusat sumber bagi mendapatkan bahan bacaan dan seterusnya dapat menambahkan lebih banyak ilmu pengetahuan. Bagi topik pengurusan sumber ini, isi yang akan dibincangkan adalah mengenai kepentingan pengurusan sumber, jenis-jenis sumber, objektif pusat sumber


2.0 ISI PENTING

1. Kepentingan Pengurusan Sumber

            Kepentingan pengurusan sumber adalah bagi merangsang minat pelajar. Hal ini supaya pelajar sentiasa berminat untuk ke pusat sumber. Selain itu, adalah bagi menyediakan pengalaman sebenar dalam kalangan pelajar. Seterusnya pengurusan sumber adalah bagi melibatkan pelajar belajar secara aktif. Hal ini kerana pembelajaran pelajar selalunya tertumpu di dalam kelas sahaja. Oleh yang demikian bagi mengelakkan kebosanan dalam kalangan pelajar, para guru juga boleh membawa murid-murid ke pusat sumber dan sebagainya. Di samping itu, kepentingan sumber adalah bagi memberi peluang kepada untuk mencari maklumat.


2.    Fungsi Pengurusan Sumber

            Fungsi pengurusan sumber adalah sebagai pusat profesional. Sebagai contohnya, program yang dijalankan oleh pusat sumber dapat membantu para guru menambahkan pelbagai pengalaman. Seterusnya adalah sebagai pusat perkembangan idea dan kreativiti. Hal ini kerana dengan adanya pelbagai program yang dianjurkan oleh pusat sumber seperti program nilan, minggu membaca dan sebagainya dapat meningkatkan kemahiran asas kepada pelajar. Seterusnya dengan adanya pengurusan sumber, para pelajar dapat mengisi masa lapang seperti membaca buku di pusat sumber dan seterusnya dapat pelbagai maklumat melalui pembacaan.

            

3.    Objektif Pusat Sumber

            Objektif pusat sumber yang utama adalah bagi membantu pelajar menggunakan bahan-bahan pelajaran tambahan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Selain itu, adalah bagi menyediakan bahan bacaan yang berkualiti dan diperlukan oleh guru dan murid. Hal ini adalah bagi memudahkan para pelajar dan guru mencari bahan bacaan tambahan. Seterusnya, objektif pusat sumber adalah bagi memupuk dan menanamkan tabiat gemar membaca dan menyelidik. Hal ini kerana, pelajar-pelajar pada zaman sekarang terlalu banyak terdedah dengan pelbagai gajet di rumah semata-mata. jadi dengan adanya pusat sumber di sekolah, ini akan sedikit sebanyak membantu para murid menjauhkan diri daripada penggunaan telefon pintar.


3.0 PENUTUP

            Kesimpulannya, pengurusan sumber di sekolah adalah penting bagi sesebuah organisasi di sekolah supaya segala matlamat dan objektif sekolah dapat dicapai. Pusat sumber pula memainkan peranan yang penting dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Pengurusan sumber di sekolah perlulah dimanfaatkan dengan baik oleh semua warga di sekolah. Hal ini supaya segala kemudahan dalam pusat sumber dapat dirasai oleh semua warga di sekolah.


4.0 RUJUKAN

https://prezi.com/3ood1pnnxkxp/apa-itu-pengurusan-sumber

http://pengurusanpembelajaran2018.blogspot.com/2018/11/tajuk-7-pengurusan-sumber.html


Link Ahli Kumpulan

Nur Ilyanna Binti Noor Hisham

https://kpsofilyanna.blogspot.com/2021/12/pengurusan-sumber.html

Nur Nadiah Syahirah Binti Shahran

https://d096578-efoliokps3014.blogspot.com/?m=1

Nur Eka Haireana Binti Sam

https://d096580.blogspot.com/2022/01/topik-4-pengurusan-sumber.html

Nurul Anis Amira Binti Muhd Delana

https://pengurusansumbertajuk4.blogspot.com/2021/12/pengurusan-sumber-pengenalan-pengurusan.html?m=1


Link Kesemua Tajuk Pembelajaran

TAJUK 1 - ORGANISASI DAN KEPIMPINAN: 

https://husnanurul123.blogspot.com/2021/12/topik-1-organisasi-dan-kepimpinan-di.html

TAJUK 2 - PENGURUSAN MURID: 

https://fatinraymi.blogspot.com/2021/12/pengurusan-murid.html

TAJUK 3 - PENGURUSAN BILIK DARJAH: 

https://site-6339574-4639-581.mystrikingly.com/

TAJUK 5 - STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN: https://kps3014kumpulan1.blogspot.com/2021/12/pengurusan-bilik-pembelajaran-bengkel.html

TAJUK 6 - PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN: 

https://sazilahjaidal.blogspot.com/2021/12/pengurusan-tingkah-laku-dan-disiplin.html

TAJUK 7 - PENGURUSAN PENASIHATAN MURID: 

https://fatinsyazwani410.blogspot.com/

TAJUK 8 - PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA: 

https://online.flippingbook.com/view/781863207/

TAJUK 9 - PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA: 

https://online.flippingbook.com/view/272453388/12/

TAJUK 10 - SEKOLAH DAN PERSEKITARAN: 

https://kps-10groupd.blogspot.com/2019/04/bab-12-sekolah-dan-persekitaran.html

TAJUK 11 - PEGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN:  

https://kpsshafiqhaqilah.weebly.com/

TAJUK 12 - INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN: 

https://pengurusanpembelajaranbynaa.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 2: PENGURUSAN MURID

TAJUK 9 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA