TAJUK 7 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
1.0 PENGENALAN
Pengurusan penasihatan murid perlulah dititikberatkan di setiap sekolah. Pengurusan penasihatan yang baik akan membantuk para murid mendapat motivasi yang diperlukan di sekolah. Dalam hal ini, guru kaunseling perlulah memainkan peranan mereka sebagai seorang guru kaunselor terhadap murid-murid yang memerlukan bimbingan di sekolah. Setiap murid perlu mendapat khidmat nasihat daripada guru kaunselor supaya mereka mendapat bimbingan terhadap masalah yang mereka hadapi atau berkenaan dengan minat kerjaya mereka yang belum pasti dan sebagainya. Dalam topik pengurusan penasihatan murid ini, kita akan mengupas dengan lebih lanjut berkenaan konsep penasihatan dan bimbingan, ciri-ciri penasihatan yang perlu diberikan kepada murid dan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku bermasalah dalam kalangan pelajar.
2.0 ISI PENTING
Konsep penasihatan adalah memberikan nasihat bagi menyelesaikan masalah seseorang individu tanpa menyentuh perasaan individu tersebut (Zuraidah, 1994). Menurut Dewan Pustaka dan Bahasa (2017), nasihat membawa maksud memberikan ajaran yang baik dan membimbing seseorang tentang pelbagai perkara. Bimbingan menurut Crow dan Crow (1960), seseorang yang baik sama ada lelaki atau perempuan yang memberikan bantuan dan mempunyai peribadi serta latar belakang pendidikan yang berfaedah kepada individu lain tanpa mengira usia.
Ciri-ciri penasihatan yang perlu diberikan kepada murid adalah memberi fokus kepada permasalahan yang dihadapi bukannya terhadap individu tersebut. Seterusnya, penasihatan adalah berbentuk arahan dan suruhan daripada seseorang. Hal ini supaya para pelajar boleh mengatasi masalah mereka dengan mendengar nasihat daripada guru kaunseling tanpa memikirkan masalah yang berlaku. Memberi nasihat kepada individu yang sedang mengalami masalah merupakan strategi yang paling cepat dalam menyelesaikan masalah seseorang.
Faktor yang mempengaruhi tingkah laku bermasalah di kalangan pelajar di sekolah adalah faktor guru yang menggunakan strategi dan teknik pengajaran yang kurang menarik. Sebagai contohnya, strategi yang digunakan oleh guru semasa mengajar hanyalah bergantung kepada buku teks semata-mata atau kaedah pengajaran guru yang digunakan tidak sesuai denga peringkat umur tersebut. Kesannya, murid-murid akan mudah berasa bosan dan tidak fokus semasa guru mengajar, sebaliknya akan bertindak tingkah laku yang disruptif seperti mengganggu kawan-kawan yang lain, membuat bising dan sebagainya. Selain faktor guru, faktor masalah keluarga juga mempengaruhi tingkah laku murid. Ibu bapa yang sibuk bekerja, bercerai berai akan mempengaruhi tingkah laku seseorang murid. Hal ini kerana mereka tidak mendapat perhatian ketika di rumah dan kasih sayang kurang diberikan kepada mereka. Kesannya, mereka akan bersifat nakal ketika di sekolah bagi mendapat perhatian daripada guru di sekolah.
3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, pengurusan penasihatan murid di sekolah adalah penting. Hal ini supaya para murid yang mempunyai masalah mereka yang tersendiri dapat diselesaikan dengan mendapat khidmat nasihat daripada guru kaunseling. Pihak sekolah perlulah peka terhadap para pelajar yang menghadapi masalah ketika di sekolah. Murid-murid seperti ini tidak boleh dibiarkan dan dihukum tanpa mengetahui masalah yang mereka hadapi, sebaliknya pihak sekolah perlu memberikan perhatian dan membimbing murid tersebut dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
4.0 RUJUKAN
Topik 9: Pengurusan Penasihatan Murid (kps3014pengurusanpembelajaran10.blogspot.com)
https://kps3014-emelliadilam.blogspot.com/2019/04/pengurusan-penasihatan-murid.html
TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHAT MURID. (asyraffngasri.blogspot.com)
https://elmargi.blogspot.com/2016/08/70-faktor-menyumbang-masalah-tingkah.html
Comments
Post a Comment