TAJUK 8 : Pengurusan Pelbagai Budaya
1.0 PENGENALAN
Pengurusan merupakan suatu proses bekerja dengan pelbagai manusia serta sumber untuk mencapai objektif dalam sesebuah organisasi (Snell, B, 2000). Budaya pula membawa maksud suatu perlakuan atau aktiviti yang dilakukan oleh sesebuah masyarakat tidak mengira perkara tersebut sama ada baik atau pun buruk. Budaya juga melambangkan perkataan yang dikatakan oleh seseorang tentang hal peribadi dan barang-barang yang berada di sekeliling seperti pakaian, rumah dan sebagainya (Griffiths et al., 2017).
2.0 ISI PENTING
Dalam topik pengurusan pelbagai budaya ini, kita akan mengetahui apakah pendekatan bagi membezakan pelajar berdasarkan ciri-ciri individu. Terdapat empat andaian bagi mendalami tentang hal ini iaitu pelajar yang dikategorikan sebagai istimewa, pelajar memerlukan pengajaran khas kerana mempunyai kesukaran dalam sesi pembelajaran mereka, meletakkan murid yang mengalami kesukaran ketika belajar dalam kelas yang sama, dan akhir sekali pelajar yang dikategorikan sebagai normal dan boleh belajar secara formal tanpa memerlukan apa-apa bimbingan khas daripada guru.
Terdapat pendekatan kurikulum yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah. Pendekatan kurikulum yang dilakukan ini bertujuan untuk memahami masalah yang dialamu oleh murid-murid semasa proses PdP di dalam kelas. Pihak sekolah juga dapat mengenalpasti kelemahan setiap pelajar dengan mengasingkan tahap kebolehan mereka mengikut kumpulan yang sama. Terdapat empat andaian dalam pendekatan kurikulum ini iaitu, kesukaran belajar boleh berlaku kepada mana-mana pelajar, kesukaran pelajar bergantung kepada bagaimana mereka menerima semasa proses pembelajaran, tindakan positif guru menghasilkan kadar pembelajaran yang lebih baik bagi semua pelajar dan akhir sekali adalah sokongan kepada guru sangat penting untuk memajukan amalan mereka.
3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam membantu para murid dalam proses pembelajaran mereka. Selain ibu bapa, guru merupakan ibu bapa yang kedua kepada setiap pelajar semasa mereka di sekolah kerana mereka bertanggungjawab dalam menjaga dan mendidik membentuk setiap pelajar mereka menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.
Comments
Post a Comment