TAJUK 6 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

 1,0 PENGENALAN

            Tingkah laku merupakan suatu perbuatan atau gerak geri yang dilakukan oleh seseorang (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017). Tingkah laku seseorang pelajar memainkan peranan yang sangat penting dalam pengurusan sesebuah sekolah. Tingkah laku murid perlulah dikawal dengan baik dengan adanya peraturan disiplin yang telah ditetapkan di setiap sekolah. Setiap murid perlulah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Hal ini kerana, peraturan yang dipatuhi seorang murid dapat melatih murid menjadi seseorang yang berdisiplin dalam hidup mereka. Bermula dengan peraturan yang ketat di sekolah, mereka akan terbiasa untuk mematuhi segala peraturan yang terdapat di luar sekolah apabila mereka sudah meningkat dewasa. Oleh itu, topik pengurusan tingkah laku dan disiplin ini akan membincangkan tentang definisi disiplin, pengurusan disiplin, tanggungjawab pihak sekolah, jenis salah laku murid.


2.0 ISI PENTING

1.    Disiplin

            Apakah yang dimaksudkan dengan disiplin? Disiplin merupakan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap murid di sekolah bagi menanam sifat yang baik dan mewujudkan suasana sekolah yang harmoni. Murid-murid perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah tanpa mempunyai pelbagai alasan sama ada suka atau pun tidak.

2.    Pengurusan Disiplin

            Pengurusan disiplin merupakan alat untuk mempertahankan hak individu yang hidup dalam satu kelompok masyarakat. Perkara penting yang perlu diperhatikan adalah mengenai isu berkaitan dakwaan mahkamah. Ia mengandungi dokumen undang-undang seperti Akta Pendidikan dan Surat Pekeliling.

3.    Tanggungjawab Pengetua/Guru-guru

            Sebagai seorang pengetua dan guru-guru di sekolah, mereka perlulah memastikan disiplin di sekolah dipatuhi oleh setiap murid di sekolah. Pengetua dan guru perlulah bersikap tegas terhadap para pelajar mereka yang didapati tidak mematuhi sebarang peraturan disiplin. Sebagai seorang guru, tugas mereka adalah mendidik, menjaga dan "duty of care". Mereka juga perlulah bertanggungjawan terhadap segala perkara yang dilakukan oleh warga sekolah terhadap murid-murid.

4. Jenis Salah Laku Murid

            Jenis salah laku murid boleh dikelaskan kepada 10 kod iaitu jenayah, lucah, kekemasan diri, tidak pentingkan masa, kurang sopan dan biadap, tingkahlaku musnah, tidak jujur dan menipu, ponteng, kenakalan dan lain-lain kes. 

            Antara kesalahan berat yang tidak boleh dilakukan oleh para murid antaranya adalah melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan, membabitkan diri dalam kumpulan haran, melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii, mejadi pondan, merosakkan harta benda sekolah, membawa bahan letupan dan sebagainya. 

             Selain itu, antara kesalahan ringan yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar adalah menyimpan misai, janggut atau jambang, berambut panjang, bermain di dalam kelas, keluar kelas tanpa kebenaran, tidak mematuhi peraturan bengkel, makan atau minum di dalam kelas, membazir air, lewat ke kelas, mengganggu guru dan pelbagai kesalahan yang boleh dimasukkan ke dalam kategori ini.

            Di samping itu, salah laku utama yang sering dilakukan oleh kebanyakan murid di sekolah antaranya adalah ponteng sekolah, membuli rakan-rakan, tidak menjaga kekemasan diri dengan baik, menghisap rokok dan juga mencuri.

5.    Hukuman & tindakan

            Hukuman yang boleh dikenakan terhadap pelajar yang tidak mematuhi peraturan sekolah antaranya adalah buang sekolah, gantung persekolahan, hukuman rotan, penahanan dalam kelas, denda wang (perlu mengambil kira kemampuan murid) dan nasihat atau amaran keras. Setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar akan dihukan dan hukuman yang dikenakan adalah adik dan tegas.


3.0 PENUTUP

            Kesimpulannya, pengurusan dalam tingkah laku dan disiplin pelajar adalah penting dalam organisasi sesebuah sekolah. Pihak sekolah perlulah memandang serius terhadap kawalan disiplin setiap pelajar di sekolah. Guru-guru tidak boleh bersikap berat sebelah terhadap pelajar yang melakukan kesalahan namun perlu bersikap adil tanpa mengira latar belakang seseorang pelajar tersebut. Guru merupakan orang yang bertanggungjawab dalam memastikan murid-murid sentiasa mematuhi peraturan sekolah kerana dari sekolah, murid-murid dilatih untuk membentuk sifat peribadi yang mulia pada masa akan datang.


4.0 RUJUKAN

Kamus Online DBP. (2017). Tingkah laku. Dalam laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka. Diperoleh pada November 24, 2021, daripada https://prpm.dbp.gov.my/Cari1keyword=organisasi   +&d=175768&

https://foliokps3014-pengurusanpembelajaran.blogspot.com/2019/04/topik-9-pengurusan-tingkah-laku-dan_20.html

http://asyraffngasri.blogspot.com/2018/12/tajuk-9-pengurusan-tingkah-laku-dan_11.html

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 4 : PENGURUSAN SUMBER

TAJUK 2: PENGURUSAN MURID

TAJUK 12: INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN