TAJUK 5: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

 1.0 PENGENALAN

            Bilik pembelajaran di sekolah seperti bilik darjah, makmal, studio dan sebagainya merupakan sebuat tempat pembelajaran yang sangat penting bagi seorang guru. Tanpa pengurusan bilik pembelajaran yang baik, seseorang guru itu boleh dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Hal ini kerana bilik pembelajaran merupakan medan perjuangan yang terpenting bagi seseorang guru melakukan tugas mereka dengan penuh amanah dan dedikasi (Mohamad Johdi Salleh, 2009). Oleh itu, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, bilik pembelajaran perlulah diuruskan dengan baik sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Hal ini supaya para pelajar berasa selesa dengan keadaan semasa berada di dalam kelas dan boleh menumpukan sepenuh perhatian mereka dengan baik semasa berada di dalam kelas. Di dalam topik strategi mengurus bilik pembelajaran ini, saya akan mengupas dengan lebih lanjut tentang konsep pengurusan bilik darjah, penyusunan bilik darjah, jenis bilik pembelajaran dan strategi dalam pengurusan bilik pembelajaran.


2.0 ISI PENTING

1.     Konsep pengurusan bilik darjah

            Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bilik darjah? Pengurusan bilik pembelajaran merupakan sebuah proses pengendalian, pengorganisasian dan pengawalan pelajar di dalam kelas bagi memastikan suasana pelajaran di dalam kelas menjadi menarik (Bosch, 2006). Suasana yang menarik di dalam kelas dapat menjadikan para pelajar lebih menumpukan perhatian di dalam kelas dan berasa tidak mudah bosan. Menurut Sharifah Alwiah Alsagof (1986), keadaan kelas yang baik akan mempengaruhi kekuasaan seorang guru dalam sesuatu subjek yang diajarkan. 

2.    Penyusunan bilik darjah

            Penyusunan di dalam bilik darjah adalah penting bagi memastikan murid-murid berada dalam keadaan yang selesa. Penyusunan di bilik darjah termasuklah penyusunan melibatkan meja guru serta kerusi dan meja murid. Kedudukan meja guru perlulah berada di hadapan bilik darjah. Hal ini supaya para murid mudah untuk melihat guru di hadapan kelas dan sebagai lambang guru seorang pemimpin terhadap murid-murid mereka. Kerusi dan meja pula perlu diatur oleh guru mengikut keadaan murid-murid. Kebiasaannya, para murid boleh disusun tempat duduk mereka mengikut abjad nama atau susunan bercampur lelaki dengan perempuan. Susunan bercampur lelaki dan perempuan dapat mengelakkan para murid bersikap nakal bersama rakan mereka yang sesama jantina. Guru juga boleh memisahkan kedudukan pelajar bersama rakannya yang sering bersembang di dalam kelas supaya tidak mengganggu ketika guru sedang mengajar.

3.    Jenis bilik pembelajaran

            Bilik pembelajaran merupakan tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung. Kebiasaannya, bilik pembelajaran ini mempunyai perabot seperti kerusi meja, almari, papan kenyataan, dan papan putih. Jenis-jenis bilik pembelajaran adalah bilik darjah tradisi, bilik darjah terbuka, bilik darjah bercantum, bilik darjah prasekolah, bilik darjah dan sebagainya. Bilik darjah tradisi mempunyai kerusi dan meja yang disusun secara sebaris. Aktiviti melibarkan fizikal murid jarang digunakan menyebabkan murid menjadi pasif. Seterusnya adalah bilik darjah terbuka. Bilik darjah terbuka sering dijalankan secara berkumpulan atau individu di beberapa tempat di bilik darjah secara serentak. Selain itu adalah bilik darjah bercantum yang terdiri daripada murid-murid yang belainan usia. Kebiasaannya, aktiviti pembelajaran ini digunakan di kawasan terpencil dengan penduduk yang tidak ramai. Di samping itu adalah bilik darjah prasekolah yang terdiri daripa kanak-kanak berusia 4-6 tahun. Akhir sekali adalah bilik darjah. Rumusannya, terdapat pelbagai jenis bilik pembelajaran yang telah disediakan oleh pihak sekolah mengikut kesesuaian peringkat umur dan pelajar itu sendiri.


3.0 PENUTUP

            Kesimpulannya, pengurusan bilik pembelajaran perlulah mempunyai strategi yang baik. Hal ini supaya pelajar-pelajar di sekolah berasa selesa dengan susunan yang telah dilakukan oleh guru di sekolah. Guru-guru pula perlulah mengenal pasti terlebih dahulu strategi apakah yang baik untuk para pelajarnya dalam penyusunan bilik pembelajaran. Pengurusan bilik pembelajaran yang baik akan mempengaruhi keberkesanan emosi murid ketika di dalam kelas. Mereka tidak akan mudah bosan dengan suasana kelas sekiranya kelas mereka dalam keadaan yang ceria dan bersih. Kesannya, mereka akan menjadi lebih fokus di dalam kelas ketika sesi pdp berlangsung.


4.0 RUJUKAN

http://einaazra97.blogspot.com/2019/01/kps3014-strategi-pengurusan-bilik.html

http://cikgubestaribahasa.blogspot.com/2013/03/aspek-aspek-pengurusan-bilik-darjah.html

http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 4 : PENGURUSAN SUMBER

TAJUK 2: PENGURUSAN MURID

TAJUK 12: INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN