Tajuk 3: Pengurusan Bilik Darjah

 1.0 Pengenalan

            Pengurusan bilik darjah dalam sesebuah sekolah adalah penting. Pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam memastikan pengurusan bilik darjah sentiasa dalam keadaan yang kemas dan teratur. Ini kerana segala perkara yang melibatkan bilik darjah akan mempengaruhi minat para pelajar dalam kelas. Sama ada mereka boleh menumpukan perhatian dengan baik atau sebaliknya. Ini kerana pengurusan bilik darjah yang baik sangat membantu murid-muriddalam proses pembelajaran mereka iaitu mereka tidak akan mudah bosan semasa berada di dalam kelas kerana persekitaran mereka yang seronok. 

            Dalam topik pengurusan bilik darjah ini, terdapat 5 aspek yang akan ditekankan dan akan mengupas dengan lebih lanjut tentang aktiviti pengajaran berkumpulan, aktiviti pengajaran individu, pusat pembelajaran, penyediaan bahan dan pengurusan sumber.


2.0 Isi Penting

1.    Aktiviti Pengajaran Berkumpulan

             Aktiviti pengajaran berkumpulan merupakan salah satu inisiatif yang sering digunakan oleh para guru di sekolah. Pengajaran berkumpulan juga dikenali sebagai pengajaran koperatif iaitu pembelajaran secara bersama-sama (Eaton, Salmon & Wish nowski, 2004). Pengajaran secara berkumpulan lebih berkesan kerana para pelajar boleh membantu antara satu sama lain dan boleh menukar pendapat tentang sesuatu topik yang tidak difahami. Selain mereka hanya mengharapkan guru untuk bertanyakan soalan, mereka juga perlu melakukan perbincangan dalam kumpulan supaya topik yang tidak difahami dapat difahami dengan lebih jelas. Sebagai seorang guru, mereka boleh membentuk kumpulan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada empat hingga enam orang dan dibentuk melalui penilaian gred mereka. Menrut Sharan & Sharan (1992), ahli dalam kumpulan ini biasanya akan kekal untuk beberapa minggu. Sebagai contohnya, kumpulan yang dibentuk oleh guru perlulah terdiri daripada seorang ketua yang akan menjadi 'mentor' (murid yang memperoleh gred tertinggi) dan akan menjaga ahli-ahli lain dibawahnya yang dikenali sebagai 'mentee' (murid yang mendapat gren rendah). Dengan cara ini, para pelajar lebih mudah berinteraksi dan berbincang antara satu sama lain dalam satu kumpulan.


2.    Aktiviti Pengajaran Individu

            Meskipun kebanyakan pelajar gemar untuk belajar dalam berkumpulan, namun ada juga segelintir pelajar yang lebih selesa dengan pengajaran secara individu. Ini kerana setiap pelajar adalah berbeza dan mempunyai cara mereka yang tersendiri. Ini kerana mereka berbeza dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita dan minat. Selain itu, pengajaran di dalam kelas seperti pembelajaran dengan menggunakan buku modul merupakan salah satu aktiviti pengajaran secara individu. Ini kerana aktiviti pengajaran seperti ini memberikan latihan kepada para pelajar selepas mempelajari topik yang baru dipelajari. Sesi tidak bersemuka seperti menyiapkan latihan dan modul yang diberi memberikan peluang kepada pelajar bagi mengambil masa untuk memahami sendiri matapelajaran yang baru diajar. Hal ini membantu para murid memahami dengan lebih mendalam tentang topik tersebut. Oleh itu, guru-guru perlulah menyeimbangkan pengajaran secara individu mahupun dalam berkumpulan supaya murid-murid mempunyai pelbagai kaedah untuk memahami sesuatu subjek.


3.    Pusat Pembelajaran.

            Apakah yang dimaksudkan dengan pusat pembelajaran? Pusat pembelajaran merupakan sebuah tempat yang dikhaskan untuk sesi pembelajaran. Sebagai contohnya, pusat pembelajaran adalah seperti di dalam kelas, perpustakaan, makmal komputer dan sebagainya. Inisiatif yang boleh diambil oleh guru adalah menyediakan sebuah ruang di dalam bilik darjah yang mana dilengkapi dengan pelbagai bahan sumber. Hal ini adalah bagi menerapkan pembelajaran secara formal atau tidak formal di dalam kelas. Pelbagai teknik, kaedah dan pendekatan dapat dilakukan


4.    Penyediaan Bahan

            Penyediaan bahan merupakan bahan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dikenali sebagai media pendidikan iaitu perkakasan dan bahan atau perisian. Tujuan penyediaan bahan dalam bahan pengajaran adalah bagi mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih menarik. Dengan adanya bahan bantu mengajar yang menarik, guru dapat menjelaskan dengan lebih baik berkaitan topik yang sedang diajar dan murid juga lebih mudah untuk memahami. Sebagai contohnya, guru yang mengajar matapelajaran sains boleh menggunakan peralatan yang ada di makmal bagi memberi lebih lagi kefahaman terhadap teori yang sedang diajar. Kesannya, dengan adanya bukti melalui praktikal yang dilakukan oleh guru, mereka akan lebih mudah mengingati situasi tersebut bagi memahami konsep yang sedang diajar.


3.0 Penutup

            Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah adalah merangkumi aktiviti pengajaran berkumpulan, aktiviti pengajaran individu, pusat pembelajaran dan penyediaan bahan. Setiap aspek dalam pengurusan bilik darjah ini adalah penting bagi mewujudkan suasana yang seronok ketika belajar. Guru-guru perlulah menekankan aspek-aspek ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya murid-murid tidak mudah berasa bosan di dalam kelas dan berasa lebih bersemangat untuk belajar.


4.0 Rujukan

http://journalarticle.ukm.my/10414/1/134-258-1-SM.pdf

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 4 : PENGURUSAN SUMBER

TAJUK 2: PENGURUSAN MURID

TAJUK 12: INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN