TAJUK 2: PENGURUSAN MURID

1.0 Pengenalan

            Menurut Jaafar Muhammad (1998), pengurusan membawa maksud sebuah proses di mana maklumat-maklumat input sesebuah kumpulan dapat dikeluarkan sebagai output yang diperlukan supaya matlamat sesebuah organisasi dapat dicapat. Menurut beliau, input-input ini termasuklah perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawal.

           Pengurusan murid merupakan salah satu pengurusan yang sangat penting dalam organisasi sesebuah sekolah. Tanpa pengurusan murid yang baik, pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum sukar dilahirkan. Pihak sekolah memainkan peranan yang penting terutamanya guru-guru di sekolah bagi memastikan pengurusan murid di sekolah berjalan dengan baik dan tersusun. Pengurusan murid di sekolah yang baik akan mewujudkan suasana belajar yang seronok serta dapat menaikkan semangat para pelajar untuk pergi ke sekolah bagi menuntut ilmu pengetahuan.

            Dalam topik pengurusan murid ini, terdapat beberapa isi penting yang akan diberi perhatian iaitu pengurusan rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid. Oleh itu, saya akan mengupas dengan lebih lanjut setiap satu isi yang akan diberi perhatian.

            

2.0 Isi

1.     Pengurusan Rekod Murid

            Pengurusan rekod murid di sekolah adalah bertujuan bagi memantapkan sistem pengurusan murid di sekolah. Sistem pengurusan murid yang sedia ada di sekolah perlu dipertingkatkan supaya segala urusan yang melibatkan pihak pentadbiran sekolah akan menjadi lebih mudah. Pihak sekolah perlu memastikan pengurusan rekod murid sentiasa dijalankan dalam keadaan yang sistematik supaya segala proses melibatkan guru dapat berjalan dengan lancar.

            Seterusnya, tujuan pengurusan rekod murid adalah bagi mengemaskini profil pelajar. Seperti yang kita ketahui, setiap pelajar akan mempunyai fail profil mereka yang tersendiri. Sebagai guru di sekolah, profil murid perlulah sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Hal ini supaya dapat memudahkan pihak sekolah untuk membuat rujukan terhadap setiap pelajar. Sebagai contohnya, sekiranya seseorang pelajar itu mengalami masalah, profil pelajar akan dijadikan sebagai rujukan bagi mengetahui latar belakang pelajar tersebut.

        Selain itu, tujuan pengurusan rekod murid adalah bagi mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku seseorang pelajar. Perkembangan murid dari segi akademik, emosi dan akhlak mereka perlulah direkodkan supaya para guru dapat mengenali dengan baik perkembangan setiap murid yang diajar di dalam kelas. Sebagai contohnya, setiap markah peperiksaan seseorang murid direkodkan bermula dari peperiksaan awal tahun sehinggalah akhir tahun supaya dapat menilai perkembangan dan prestasi murid-murid sama ada meningkat atau menurun.


2.     Kesediaan murid belajar

        Tahap penguasaan pembelajaran bagi setiap murid adalah berbeza mengikut tahap kefahaman mereka di dalam kelas. Bagi memastikan setiap pelajar memperoleh tahap penguasaan pembelajaran yang lebih berkesan, seseorang murid perlulah mencapai beberapa jenis kesediaan seperti kesediaan kognitif (mental), kesediaan efektif (sikap dan minat) dan kesediaan psikomotor (koordinasi oto-otot dengan otak)

        Pertama sekali, menurut Kendra Cherry (2020), kesediaan kognitif adalah merujuk kepada proses minda yang terlibat dalam mendapatkan pengerahuan dan kefahaman. Menurut beliau lagi, proses ini merangkumi pemikiran, pengetahuan, mengingati, dan menilai sesuatu penyelesaian masalah. Kesediaan kognitif ini merupakan pemikiran yang sudah sedia dimiliki oleh seseorang pelajar terhadap pembelajaran yang bakal mereka pelajari (Kamarudin, 1997).

        Kedua, kesediaan afektif merupakan kesediaan pembelajaran dari segi minat dan sikap para pelajar yang ditunjukkan sebelum memulakan pembelajaran. Menurut Kamarudin Husin (1997), menyatakan bahawa kesediaan kognitif ini adalah kesediaan seseorang pelajar dalam aspek perbuatan, perasaan dan nilai seseorang terhadap sesuatu pembelajaran yang dipelajari. Sebagai seorang guru di sekolah, mereka perlu memastikan persediaan kognitif ini ditekankan dahulu sebelum memulakan pembelajaran.

        Ketiga, kesediaan psikomotor adalah kesediaan dari segi fizikal pelajar dalam sesuatu pembelajaran yang menggunakan daya tenaga sebagai bahan pembelajaran. Seseorang pelajar akan lebih bersedia dari segi fizikal apabila tindakan motor mencapai tahap kematangan pada satu situasi berserta dengan latihan yang pernah dilakukan sebelumnya (Kamarudin, 1997). Sebagai contohnya, seseorang pelajar boleh mempelajari taktik baharu yang diajar oleh jurulatih semasa pertandingan kerana mereka sudah bersedia dari segi fizikal dan mental.


3.     Memotivasikan murid

        Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2017), motivasi membawa maksud kemahuan yang sangat tinggi dalam diri seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat atau kejayaan yang diingin dengan semangat yang bersungguh-sungguh. Motivasi dalam diri seseorang sangat penting terutamanya dalam kalangan pelajar supaya mereka mengetahui matlamat atau cita-cita yang perlu mereka kecapi dalam hidup. Motivasi seseorang pelajar ini perlu bermula dari bangku sekolah iaitu guru lah tunjang utama dalam memotivasikan para pelajar mereka.

        Sebagai seorang gutu, mereka perlu mengenal pasti sama ada tahap motivasi murid berada dalam tahap yang rendah atau tinggi. Ciri-ciri murid yang berada dalam tahap motivasi yang rendah adalah mereka tidak bersungguh-sungguh dalam sesuatu pembelajaran. Mereka tidak mempunyai cita-cita yang jelas dalam kehidupan mereka. Hal ini membuatkan mereka tidak peduli tentang prestasi diri sendiri. Selain itu, ciri-ciri murid yang berada dalam tahap motivasi yang tinggi adalah mereka suka akan cabaran dalam sesebuah matapelajaran. Mereka memandang serius terhadap prestasi diri mereka dan mempunyai matlamat yang jelas dalam kehidupan. Hal ini menjadikan mereka sering berfikiran secara kritis dan kreatif dalam kehidupan.

        Oleh hal yang demikian, terdapat dua jenis teknik memotivasikan pelajar di sekolah iaitu teknik intrinsik dan teknik ekstrinsik. Teknik intrinsik merupakan dorongan dan minat semulajadi yang ada dalam diri pelajar. Mereka melakukan perkara tersebut kerana kerelaan hati mereka. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang muzik, maka merek akan cuba belajar untuk bermain dengan alat muzik. Teknik ekstrinsik adalah dorongan yang wujud atas faktor luaran iaitu seseorang perlu menjadi model terhadap pelajar bagi menggerakkan minat mereka. Sebagai contohnya, minat seorang pelajar boleh dipengaruhi atas faktor pekerjaan kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa menjadi model yang baik sehingga anak-anak terfikir untuk mengikuti jejak langkah mereka.


3.0 Penutup

        Sebagai kesimpulannya, pengurusan murid dalam organisasi sesebuah sekolah merangkumi pengurusan rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid, Setiap guru di sekolah perlulah menekankan ketiga-tiga aspek berikut dalam hal pengurusan murid. Hal ini supaya setiap latar belakang, sikap, dan minat mereka dapat diambil kira sebelum memulakan sesi pembelajaran. Apabila guru berjaya mengaplikasikan contoh di atas seperti memahami dahulu kesediaan pelajar sama ada kognitif, efektif atau psikomotor, para guru dapat memotivasikan pelajar dan membentuk minat para pelajar dari aspek pembelajaran.


4.0 Rujukan



Link Rujukan

https://pengurusanmuridkumpulann4.blogspot.com/2019/11/tujuan-pengurusan-rekod-murid.html

https://sitinrhumairah.blogspot.com/2020/04/pengurusan-murid.html

http://asyraffngasri.blogspot.com/2018/12/tajuk-5-pengurusan-murid_11.html

http://muhamadaizat.blogspot.com/p/kesediaan-murid-belajar.html

https://www.verywellmind.com/what-is-cognition-2794982

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 4 : PENGURUSAN SUMBER

TAJUK 9 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA